14-21 November 2009 yang lepas, satu road trip telah berjaya diadakan. Bermula pada 14 Nov aku dari KLIA ke MIRI. Then keesokan hari 15 Nov dari MIRI ke KLIA bersama wife and Gerradina. Berikut adalah reaksi Gerradina setibanya di KLIA :

"penat la, jom makan mcd", ujar Gerradina kepada mamanya.
Gerradina buat muka kesian supaya boleh gi makan kat mcd.
dan kemudiannya buat muka kesian lagi ala-ala flintstone.
"yey, dapat makan ice-cream", Gerrdina terlompat melihatkan ice-cream mcd.
Lepas KLIA, amik plak flight dari KLIA ke PENANG. Dari PENANG, bergerak ke SUNGAI PETANI, KEDAH by road. Berikut reaksi Gerradina di Sg Petani.
"Kalau guna taktik 4-4-2 diamond baru leh menang", ujar Gerradina yang serius membincangkan isu bola sepak semasa.
"Yeah, u're brilliant!", Gerradina mendapat ciuman penghargaan atas idea bernasnya tadi.
"Papa, bila nak kluar hang-out?' ujar Gerradina kepada papanya semasa di rumah.
"Yey, kluar jenjalan", Gerradina girang mengetahui akan keluar berjalan-jalan.
"Waiter, ice-cream ada?" tanya Gerradina kepada waiter di Old Town White Coffee, New Tesco, Sg Petani.
"Wah, banyak makanan menarik ni", Gerradina excited melihat menu.
"Okeh, masa untuk makan", Gerradina mengenepikan menu.
"Bole cepat sikit dak? Kebuloq dah ni", gesa Gerradina dalam loghat Kedah.
"Yey makanan dah nak sampai", Gerradina gembira sambil menggoyangkan menu.
"Kalau tapau bawak balik ok gak ni", kata Gerradina kepada mamanya.
"Bagi saya Ipoh Iced White Coffee satu!", pesan Gerradina kepada waiter.
"Em, kasi bihun tom yam untuk mama saya", Gerradina memesan lagi.
"Apa, ice-cream takde?" ujar Gerradina agak terkejut.
"Em, bagi kopi panas and popia goreng untuk nenek saya", Gerradina memesan lagi sambil menunjukkan kepada menu.
"Apalah, ice-cream pun takdak, cikai betul, hahaha!" Gerradina tertawa sambil berkata kepada neneknya.
"Papa, bila next Liverpool game?" Gerrardina sempat bertanya kepada papanya.
"Sayang nenek!" kata Gerradina kepada neneknya yang baru diketemui selepas 11 bulan lahir ke dunia....
Pada 19 Nov, bergerak menaiki flight dari PENANG ke KLIA. Selepas itu, bergerak dari KLIA ke MIRI. Berikut adalah reaksi Gerradina di KLIA.
"Ready for boarding!" kata Gerradina kepada pramugari di KLIA.
Pada 21 Nov pulak amik flight balik dari MIRI ke KLIA. Then balik Melaka. 22 Nov ada Istiadat Anugerah Pingat Sesi-3. Angkat Bantal lagi.....
p/s : 6 kali naik flight dalam masa 7 hari membuatkan saya demam...